Thursday, May 7, 2009

master (<35) n phd (< 43)..

1. Melalui Pakej Ransangan Ekonomi yang diumumkan oleh TPM
baru-baru, Skim Pembiayaan untuk Master & PhD dalam
negara memberikan peluang bagi mereka yang sedang belajar
dalam sesi 2009 untuk melanjutkan pengajian di IPTA atau
IPTS tempatan pada sesi 2009/2010 nanti.

2. Calon-calon hanya dibiayai dari segi yuran sepanjang
tempoh pengajian.


3. Tempoh pengajian untuk Master ialah 2 tahun (tidak
melebihi RM10,000), manakala untuk PhD 4 tahun (tidak
melebihi RM20000). Bagi calon PhD, ada peruntukan sebanyak
RM1500 untuk kos penyelidikan (tertakluk kepada jumlah
maksimum RM20000 yang diperuntukan) . Yuran akan dibayar
terus kepada IPT berkenaan.

4. Terbuka kepada yang sedang atau yang akan memulakan
pengajian dalam tahun 2009 dan 2010.

5. Pengajian sepenuh masa sahaja.

6. Umur tidak melebihi 35 tahun untuk Master dan 43 tahun
untuk PhD.

7. Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan
mendaftar sebagai pelajar di IPTA atau IPTS.

8. Tidak menerima tajaan lain dan tiada ikatan dengan
penaja lain.

9. CGPA 2.75 untuk masuk program Master.

10. Program ini diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
(MOHE). Jika ada pertanyaan, sila email kepada
bajetmini@mohe. gov.my atau browse www.mohe.gov. my.

11. Boleh apply mulai 19 Mac.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...