Friday, May 29, 2009

school holiday...n max 10 subject

last day of school for the first term.. supposed to give teachers new timetable for next term... but couldnt finish printing .. something wrong with the computer.. lots of virus mayb...
and mayb there wd b changes due to the announcement made by the new minister of education... SPM students of 2010 must take max of 10 subjects only... omg...
new minister.. new 'changes'...
the present form 4KAA and 4A students are taking 12 subjects...4B 11 subjects...
so?? what about them? should drop now after learning the xtra subjets for 5 months? I think the change should b implemented in year 2011...let the present form 4 students continue with what they have now...

2 comments:

HBM Consultant said...

Salam.

Seperti biasa, setiap kali ada pemimpin baru setiap kali itu juga akan ada dasar dan arahan baru. Mangsanya tetaplah pelajar dan juga guru.

Berdoalah semoga suatu hari nanti KPM akan diterajui oleh seorang yang benar-benar layak, yang datang dari dunia akademik yang sebenar, yang pernah merasai perit getirnya bergelar guru. Amin.

darth one said...

Salam cikgu.

Saya amat bersetuju dengan pendapat Cikgu Marni. Seperti sudah menjadi satu kebiasaan untuk seorang menteri yang kebanyakannya bukan dari bidang pendidikan @ akademik (dalam kes ini) menggunakan 'kebijaksanaan' mereka untuk menggubal apa yang mereka rasa dapat meningkatkan mutu, katanya..

pada saya menghadkan subjek kepada 10 atas alasan peluang untuk memohon biasiswa adalah sangat tidak wajar. Saya dapat jamin bahawa pelajar tingkatan 5 sekarang masih lagi tidak nampak hala tuju sebenar untuk kehidupan mereka. jadi menghadkan kepada sepuluh subjek umpama menutup jalan kepada seseorang pelajar untuk mendalami bidang yang diminati. kebanyakan pelajar diploma sekarang juga masih lagi kabur dengan khursus yang mereka ambil sehinggakan ada yang telah berkira-kira untuk menukar khursus yang diambil sekiranya mereka melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya.

cadangan saya untuk isu biasiswa ialah KPM perlu menghadkan subjek wajib dan elektif untuk kelayakan biasiswa. Ia juga tidak perlu mengambil kira berapa juta A yang diperolehi oleh pelajar yang memohon. apa yang perlu dinilai ialah hanya yang telah dihadkan. jadi ia sudah menjadi peluang sama rata kepada semua pelajar tidak kira berapa subjek mereka ambil.

saya juga ada sedikit tidak puas hati dengan KPM kerana menghasilkan KBSM. pada saya KBSM ini adalah hampir tidak wajar kerana ini tidak membantu pelajar untuk berfikir tetapi untuk menghafal. terus-terang saya agak kesal dengan buku-buku hasil KBSM. jadi saya harap KPM ubahlah isi KBSM supaya lebih mantap isinya. jadikanlah pelajar sekarang berfikir, bukan menghafal.



nota kaki: minta maaf cikgu. merepek di subuh hari. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...